Mercu tanda dan kawasan istirahat Metro_Manila

Rizal Park

Di barat Metro Manila, terletaknya sebuah persiaran awam yang tersohor iaitu Rizal Park (atau Luneta). Taman ini menampilkan Tugu Rizal yang berupa patung Perwira Kebangsaan Filipina Jose Rizal, peta gergasi bentuk rupa bumi Filipina, kebun Cina yang indah, dan beberapa pejabat kerajaan seperti Jabatan Pelancongan. Di pinggir laut Rizal Park terdapat pelbagai kedai makanan laut yang khusus menghidangkan masakan Filipina dan Asia. Muzium Negara Rakyat Filipina juga terletak di sini, berupa kompleks dua binaan bergaya Yunani-Rom yang menyimpan pelbagai tinggalan dan khazanah negara dalam galeri-galerinya. Muzium ini memperagakan sehimpunan besar hasil dan mahakarya seni yang dihasilkan oleh warga Filipina. Sebahagian kompleks muzium ini merupakan planetarium pertama di Asia Tenggara. Berdekatan dengannya ialah Quirino Grandstand yang menjadi pentas perhimpunan kempen politik dan kumpulan keagamaan.

Pintu masuk utama Fort Santiago yang tingginya 40 kaki (12 m)

Berhampiran dengan Rizal Park ialah Kota Diraja lama yang bergelar Intramuros, a sebuah kota bertembok yang pernah menjadi pusat kerajaan ketika Zaman Penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat. Antara tarikan di sini termasuk Kubu Santiago, sebuah kubu pertahanan Sepanyol yang pernah dijadikan kurungan untuk wira negara, Jose Rizal pada tahun 1896; Casa Manila, sebuah vila kolonial Sepanyol yang diubahsuai menjadi galeri rumah; Manila Cathedral, pejabat rasmi Ketua Biskop Manila; Gereja San Agustin, gereja tertua yang wujud di Filipina[8] dan mengharungi peperangan dan gempa bumi sejak dibina pada tahun 1587; Kelab Golf Intramuros, sebuah padang golf di luar tembok kota; dan Clam Shell Tent, sebuah pusat pameran Jabatan Pelancongan. Kereta kuda dan bas persiaran menjadi pengangkutan utama untuk kemudahan pelancong.

Di Kubu Bonifacio terletaknya detasmen tentera, tanah perkuburan, sekolah antarabangaa, ibu pejabat korporat dan kedai makan dan beli-belah bertaraf dunia. Antara kawasan rekreasi yang lain termasuk Nayong Pilipino (Kampung Filipina) di Parañaque; Quezon Memorial Circle dan Ninoy Aquino Wildlife Center di daerah Diliman, Quezon; Cultural Center of the Philippines Complex dan Bay City, di Pasay; sementara Paco Park, Taman Botani Arroceros, Zoo Manila, Plaza Rajah Sulayman, Plaza Miranda, Rizal Avenue Bargain Walkway, Gereja San Sebastian, kedai arak dan kelab malam di daerah Ermita dan Malate, dan Roxas Boulevard Bay Walk di pinggir Teluk Manila, semuanya terletak di bandaraya Manila.

Rujukan

WikiPedia: Metro_Manila http://www.chanrobles.com/presidentialdecrees/pres... http://www.demographia.com/db-worldua.pdf http://books.google.com/books?id=_4z7AI6XuH8C&prin... http://www.ieej.or.jp/aperc/2008pdf/2008_Reports/U... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.census.gov.ph/data/census2007/index.htm... http://www.census.gov.ph/data/pressrelease/2008/pr... http://www.mmda.gov.ph http://www.mmda.gov.ph/BASIC%20EDUCATIONAL%20INDIC... http://www.mmda.gov.ph/Metro%20Manila%20Road%20Cla...